TIPS CEGAH JENAYAH
Kajian polis membuktikan lebih 85 peratus kejadian jenayah terutamanya jenayah hartabenda seperti mencuri boleh dicegah dan dihindari daripada berlaku sekiranya orangramai bersungguh-sungguh menjaga keselamatan harta benda mereka dengan mengambil bebarapa langkah tertentu. Banyak kes curi berlaku kerana peluang yang dibuka oleh pemilik hartabenda sendiri sehingga memudahkan penjenayah bertindak. Di antaranya ialah lalai sehingga terlupa mengunci rumah atau kereta dan tidak bersungguh-sungguh melindungi hartabenda yang berharga.
Nasihat Umum
Beberapa langkah boleh diambil untuk mencegah dan mengurangkan kejadian seperti :-
- Memasang alat-alat keselamatan di bangunan-bangunan perniagaan;
- Kakitangan (pekerja) harus mengawasi pelawat-pelawat yang dicurigai. Hubungi polis dengan segera jika mengesyaki sesuatu;
- Kakitangan harus memahami peraturan keselamatan;
- Gunakan pengawal yang cukup dan langkah-langkah keselanatan yang teratur apabila membawa wang tunai yang banyak;
- Ketika di rumah, jangan benarkan orang yang tidak dikenalai masuk ke rumah;
- Periksa pengenalan orang-orang yang mengaku Pegawai Awam ketika memasuki rumah anda;
- Semasa berjalan sendirian, awasi orang yang mengekori anda;
- Elakkan melalui lorong sunya atau terpencil ketika berjalan-jalan;
- Jangan membawa wang tunai yang banyak ketika membeli belah atau berjalan-jalan;
- Lindungkan barang-barang kemas and jika memakai barang-barang kemas; dan
Berjalan-jalan atau membelibelah eloklah berteman.
Menjaga Keselamatan Rumah
i) Kajian menunjukkan 80 peratus kejadian pecah rumah dan kecurian berlaku pada waktu malam.
ii) Cara bertindak (Modus Operandi)
mengumpil mangga pintu atau grill dengan screw atau benda-benda tajam;
mencabut cermin tingkap atau membengkok palang besi tingkap dengan jack atau besi;
memotong mangga pintu dengan gergaji atau cutter;
mengubah genting bumbung atau memasuki rumah selepas memacah siling;
masuk aketika pintu rumah terbuka atau terdedah;
menggunakan anak kunci tiruan.
iii) Langkah Pencegahan
Pencegahannya boleh dilaksanakan dengan mengambil langkah berikut :-
- Adakan alat-alat keselamatan yang lebih ke atas pintu utama anda, contohnya lubang pandangan, rantai pintu dan selak keselamatan;
- Pasangkan atau nyalakan lampu bila anda keluar dari rumah, ini bertujuan memberi suasana adanya penghuni di rumah;
- Jangan tinggal nota mengatakan anda tidak ada di rumah;
- Minta bantuan daripada jiran-jiran anda untuk menjaga rumah semasa ketiadaan anda;
- Sebelum meninggalkan rumah atau hendak masuk tidur, kunci semua pintu, tingkap dan pintu pagar;
- Ruang kosong alat penghawa dingin yang telah ditinggalkan perlulah ditutup dengan kisi-kisi yang kukuh;
- Pelihara anjing pengawas atau angsa. Binatang-binatang tersebut dapat mencegah penjenayah daripada memasuki rumah anda;
- Pasang sistem kecemasan kecurian yang sempurna di rumah anda;
- Bersihkan semua kawasan semak-samun atau rumpun pokok dalam kawasan rumah yang yang boleh dijadikan tempat persembunyian pencuri atau penjenayah;
- Keselamatan pintu hadapan atau pintu belakang sama pentingnya, biasanya pintu belakang sering menjadi sasaran pencuri. Pastikan penyelak pintu dipasang dan tingkap ditutup rapat walaupun anda keluar hanya seketika;
- Jika anda bercadang untuk pergi bercuti lama, hentikan langganan surat khabar, susu atau roti. kajian menunjukkan kadar kecurian adalah tinggi bagi rumah kosong;
- Elakkan daripada menyimpan wang yang banyak, barang berharga dan barang kemas di dalam rumah. Barang-barang ini bolehlah disimpan di dalam bank agar lebih terjamin;
- Senaraikan barang-barang yang ada di dalam rumah anda dan tandakan barang-barang tersebut supaya mudah dikenali jika kehilangan dan dijumpai semula;
- Jika anda baru berpindah ke rumah yang pernah diduduki oleh orang lain, tentukan hanya anda atau oreng tertentu sahaja yang memegang kuncinya dan tukar penyelak atau mangga atau kunci yang baru jika perlu;
- Wakil penjua; atau penyamar atau tetamu - jangan cepat mempercayai rupa atau pakaian atau pengenalan yang ditunjukkan. Jika anda ingin mendapat kepastian telefon terus ke pejabat berkenaan.
- Pekakas kebun seperti penyedok atau gerudi atau tangga boleh digunakan sebagai alat memasuki rumah atau senjata untuk mengancam kita. Pastikan ianya disimpan di tempat yang berkunci dan tersorok.
Mencegah Curi Kenderaan
i) Kes curi kenderaan (kereta dan motosikal) di antara yang paling banyak berlaku di negara kita.
ii) Cara Perlakuan (Modus Operandi)
Menggunakan kunci yang ditiru (pendua) yang dibuat secara tidak disedari oleh pemilik;
menggunakan peluang yang terbuka kerana kelalaian pemilik tidak mengambil langkah keselamatan terutamanya tidak mengunci pintu kereta;
mengopak menerusi pintu atau cermin kenderaan terutamanya yang telah dikenalpasti banyak kelamahan;
secara merompak kereta berkenaan;
iii) Tempat Sasaran
- Ditepi-tepi jalanraya;
- Di tempat letak kenderaan awam;
- Di hadapan rumah;
- Di kompleks membeli belah; dan
- Di kawasan-kawasan tempat letak kereta dan kawasan hotel.
iv) Langkah Pencegahan
Kereta
- pastikan kereta berkunci bila meninggalkannya. Pasangkan kunci tambahan di bahagian-bahagian penting seperti stering, gear, roda dan cluth;
- pasang alat penggera (alarm);
- letakkan kereta (parking) di tempat yang mudah dilihat, terang dan tidak terpencil;
- pastikan kunci kereta tidak dibuat salinan semasa diservis atau dicuci;
- jangan serahkan kunci kereta kepada joki kereta; dan
ukir nombor pendaftaran di cermin dengan "sandblusting".
Motosikal
- letak motosikal di tempat-tempat yang dikhaskan;
- pastikan motosikal anda berkunci bila meninggalkannya;
- jangan tinggalkan motosikal di tempat yang sunyi dan gelap.
- gunakan rantai atau kunci tambahan; dan
- Jika perlu ukirkan nombor pendaftaran motosikal di bahagian-bahagian penting atau lengkapkan dengan isyarat pencegah kecurian.
Mencegah Ragut
i) Kejadian ragut berlaku kerana kelalaian dan kurang kewaspadaan mangsa. Ianya boleh dicegah sekiranya orangramai mengambil langkah-langkah berjaga-jaga.
ii) Cara Perlakuan (Modus Operandi)
Penjenayah biasanya bermotosikal atau berjalan kaki.
Sasaran operasi penjenayah ialah di perhentian bas, kompleks membeli belah, tempat hiburan dan di lorong-lorong yang sunyi.
iii) Langkah-langkah Pencegahan
- jangan bawa wang terlalu banyak - cukup untuk keperluan membeli belah sahaja.
- sembunyikan wang anda ditempat yang sukar dikesan oleh pencopet;
- gunakan beg tangan bertali yang boleh disangkut di bahu. Beg duit disimpan di poket berbutang;
- Jangan letakkan beg tangan di tempat yang mudah dicapai oleh orang lain, seperti kaunter, didalam bakul dan sebagainya;
- kepit beg tangan dengan kemas ketika berjalan atau berada di tempat yang sibuk;
- elakkan berjalan seorang diri di tempat-tempat yang sunyi atau semasa menaiki lif;
- jangan dedahkan barang-barang kemas yang dipakai;
- elakkan melalui kawasan yang sesak;
- jangan berebut-berebut ketika menaiki bas dan membeli belah;
- gunakan jalan bertentangan untuk memudahkan melihat kenderaan yang mendatang;
- bimbit tas tangan disebelah kanan jika anda membelakangkan kenderaan yang mendatang;
- sekiranya anda perlu berjalan mengikuti arah perjalanan kenderaan, bimbitlah beg tangan anda disebelah kiri;
- beg tangan perlulah dibimbit seberapa rapat ke badan anda.